Tinta Hijrah 1437H

Assalamu ‘alaikum wrwb.

ust_rosdi2Alhamdu lillah, syukur dan puji dipanjatkan kepada pemiliknya yang tiada sekutu,

Selawat dan Salam dipohon moga dilimpahkan ke atas Junjungan Mulia, pesuruhNya serta seluruh pendokong Hijrah menuju Zat Yang Maha Satu.

Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah 1437 diucapkan kepada seluruh Muslimin dan Muslimat. Semoga tahun mendatang lebih baik daripada yang ditinggalkan.

Komuniti Ihsan, KI mengambil kesempatan ini mengajak seluruh masyarakat bersama kami menggerakkan roh Hijrah ke arah membina sebuah komuniti yang bersifat ihsan melalui program-program yang dianjurkan.

Kami merayu sumbangan daripada semua pihak dalam semua bentuk sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah swt melalui firmanNya yang bermaksud

‘Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa,”
(Al Maidah, ayat 2).

Para penderma boleh memanfaatkan pengecualian cukai apabila menyalurkan sumbangan kepada kami.

Perkembangan dan aktiviti KI boleh diikuti di laman ini dan laman FB Komuniti Ihsan.

Sekian, terima kasih.

Ahmad Rosdi Bahari,

Pengerusi,
Pertubuhan Komuniti Ihsan Negeri Johor.