Bengkel Tulisan Khat

Ust. Rahman bersama Pengerusi PKINJ dan peserta bengkel.

Madarasah Al Muhsinin Pt. Yaani (MAMPY) telah mengadakan Bengkel Tulisan Khat pada 10 Disember 2015 di premis sementaranya, bermula jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang.

Bengkel ini bertujuan untuk memberi latihan khususnya kepada guru-guru MAMPY sebagai persiapan permulaan sesi persekolahan yang akan bermula tidak lama lagi.

Ust. Rahman sedang memberi penerangan
Ust. Rahman sedang memberi penerangan

Latihan ini sangat penting kerana murid-murid yang belajar di sini akan mengaplikasi Khat Nasakh dalam tulisan Arab dan Jawi mereka. Kurikulumnya dibentuk begitu agar MAMPY dapat menghasilkan anak didik yang menguasai ilmu secara komprehensif.

Terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga diucapkan kepada Ustaz Abdul Rahman Sahalan daripada Seni Khat Solution yang telah memberi bimbingan dalam bengkel tersebut. Beliau yang juga salah seorang ahli Persatuan Seni Khat Kebangsaan Cawangan Johor adalah penggiat dan usahawan seni khat.