PKINJ Sedia Khidmat Latihan Dan Perundingan

Pertubuhan Komuniti Ihsan Negeri Johor (PKINJ) melangkah setapak lagi dengan menyediakan khidmat latihan dan perundingan melalui Pusat Latihan Dan Perundingan Al Muhsinin (Pulapam).

Objektif penubuhan Pulapam adalah:
1. Membangunkan modul-modul latihan kesempurnaan solat, motivasi, kepimpinan dan pengurusan organisasi Islam, keusahawanan dan kesukarelawanan.

2. Menyediakan khidmat perundingan pengurusan dan pembangunan Sekolah Agama Rakyat (Madrasah).

3. Mewujudkan pusat-pusat pendidikan sokongan seperti tiusyen, kelas Al Quran, Kelas Mahir Bahasa Asing dan sebagainya.

Kem Solat (Siri 1) anjuran Masjid Jamik Simpang Lima, Batu Pahat adalah program sulung yang dijayakan oleh Pulapam. Seramai 49 orang peserta telah menyertainya. Peserta diajar teori Solat dan yang berkaitannya serta bimbingan amali melalui slot bengkel.
ADM-201
700-039
Pulapam mempelawa mana-mana pihak samada masjid, sekolah, jabatan kerajaan atau swasta dan sesiapa sahaja untuk bekerjasama untuk menjayakan program seumpamanya.

Sesiapa yang berminat boleh menulis dalam kotak mesej di laman www.facebook.com/koihsan.