Aktiviti

Aktiviti KI terbahagi kepada 3:

  1. Rangkaian Tarbiah Al Muhsinin (RTM)
  2. Rahmat Sekalian Alam (RASA)
  3. Dana Anak Yatim (DAYA)
Matlamat Aktiviti
  • Mengadakan program-program untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat agar terbentuk satu komuniti yang bersifat ihsan iaitu sentiasa bersedia membantu mereka yang memerlukan.

 

Maksud Hadith,

Apabila seseorang meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan baginya, anak soleh yang mendoakannya

Mengadakan program-program pendidikan samada formal atau informal yang dinamakan Rangkaian Tarbiah Al Muhsinin (RTM).Kumpulan sasaran adalah meliputi seluruh lapisan masyarakat dengan konsep minal mahdi ilal lahdi. Antara program pendidikan yang telah drancang akan dilaksanakan ialah:

1.    Tahfiz Integrasi (Sek. Rendah)
2.    Tahfiz Integrasi (Sek. Menengah)
3.    Smart Tahfiz (Vokasional)
4.    Pondok Warga Emas
5.    Pusat Perlindungan Remaja
6.    One-stop Centre Saudara Baru
7.    Dakwah Sabah Sarawak
8.    Kursus/seminar/kem Kolej /Universiti / IPT

  • Memberikan bantuan kebajikan kepada mereka yang memerlukan samada akibat kemiskinan, bencana, penyakit dan sebagainya.

 

Maksud Hadith,

… dan Allah akan selalu menolong seseorang hamba selama mana dia mahu menolong saudaranya”.

Menjalankan program Rahmat Sekalian Alam (RASA) iaitu memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan samada individu atau badan-badan yang seiringan dengan KI. Bantuan akan diberikan melalui dua kaedah:1.    Sumbangan ‘one-off’

2.    Sumbangan melalui program ‘pancing’ iaitu bantuan berbentuk suntikan modal di samping bimbingan untuk pengembangan sumber ekonomi.

Dalam program ini juga diwujudkan Tabung Bencana (TAB) khusus untuk membantu mangsa bencana yang berlaku di Negara ini khususnya banjir yang berlaku setiap tahun.

  • Memberikan bantuan kebajikan kepada anak-anak yatim.

 

Maksud Hadith,

Orang yang menanggung anak yatim miliknya atau orang lain, aku dan dia seperti dua ini di syurga”, Malik (perawi hadith) mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengah.

Mewujudkan Dana Anak Yatim (DAYA) untuk membangunkan anak –anak yatim agar menjadi golongan yang lebih berdaya saing dan berjaya dengan mengambil teladan kecemerlangan peribadi Rasulullah s.a.w. Bantuan ini meliputi semua keperluan diri dan pendidikan mereka.

Tambahan aktiviti:

  • Aktiviti pengumpulan dana
  1. Mendapatkan sumbangan derma daripada para dermawan
  2. Menjalankan perniagaan melalui program Usahaniaga Al Muhsinin (UAM)