Matlamat

  • VISI

Maksud Hadith Rasulullah s.a.w.

“Apakah ihsan itu?”

Nabi s.a.w. menjawab, “Kamu menyembah Allah seolah-olah melihatNya dan bila kamu tidak melihatNya sesungguhnya Dia melihatmu”.

 

  • MISI

Membina Generasi Al Muhsinin iaitu sebuah masyarakat yang bahagia berteraskan Hablum-min-Allah (hubungan dengan Allah) dan Hablum-min-annas (hubungan sesama manusia) dengan sifat ihsan.

 

  • MOTTO

Ikhlas, Itqan, Ihsan

 

Ikhlas – setiap amalan yang baik mesti didasari keikhlasan agar ia diterima oleh Allah.

Itqan – maksudnya bersungguh-sungguh, sebagai manifestasi daripada keikhlasan yang sebenar.

Ihsan – budaya kerja yang berasaskan sifat ihsan akan mendatangkan produktiviti berkualiti tinggi sebagai satu kepuasan dan kebahagiaan hakiki lantaran tertunainya kehendak fitrah seorang hamba dalam memburu redha Penciptanya.

  • MATLAMAT
  1. Mengadakan program-program untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat agar terbentuk satu komuniti yang bersifat ihsan iaitu sentiasa bersedia membantu mereka yang memerlukan.
  2. Memberikan bantuan kebajikan kepada mereka yang memerlukan samada akibat kemiskinan, bencana, penyakit dan sebagainya.
  3. Memberikan bantuan kebajikan kepada anak-anak yatim.