Pengenalan

new_logoFitrah alam menghamparkan warna-warni kehidupan yang pelbagai. Ada yang ceria diwarnai kegembiraan lantaran kesempurnaan dan kebaikan yang dikurniai Tuhan, wajarlah baginya bersyukur.

Kita harus sedar dan insaf bahawa tidak kurang juga mereka yang diwarnai kesuraman duka lantaran kesempitan mahupun kesakitan ujian Tuhan. Sabar atas ujian adalah kekuatan pada mereka.

Bagi golongan yang dikurniai kemuliaan sifat ihsan dalam hatinya pasti tidak ‘sabar’ menjadi penonton sahaja, jauh sekali tidak peduli dengan malang yang menimpa saudara mereka samada saudara seaqidah mahupun saudara sesama manusia.

Maka dengan rahmatNya Komuniti Ihsan diwujudkan atas kemurnian jiwa insani yang mensyukuri nikmat yang dikurniakan bagi menyantuni mereka yang dalam kesakitan menanggung musibah.

NAMA

NGO Komuniti Ihsan didaftarkan dengan rasmi oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 22 Jun 2015 sebagai

PERTUBUHAN KOMUNITI IHSAN NEGERI JOHOR
PPM 31-01-22062015

KI dipilih sebagai singkatan nama pertubuhan ini.

Nama Komuniti Ihsan dipilih bagi menzahirkan inspirasi pertubuhan ini yang ingin menabur bakti seluas-luasnya kepada seluruh insan dan seluruh lapangan tanpa dibatasi perbezaan warna kulit dan aqidah dengan penuh iltizam dan ikhlas.

Makna komuniti: kumpulan, masyarakat, persatuan, pertubuhan

Makna ihsan :

  1. Dari segi bahasa ialah kebajikan
  2. Dari segi pandangan Islam ialah keikhlasan tertinggi dalam membuat kebajikan (ibadah kepada Allah) samada dalam bentuk hubungan hamba-Tuhan atau hubungan sesama hamba (manusia dan alam).

Komuniti Ihsan memberi maksud sebuah pertubuhan yang menjalankan usaha kebajikan (amal soleh) dengan ikhlas secara komprehensif kepada semua golongan sasar secara berterusan sehingga manfaatnya dapat menterjemahkan sifat ihsan yang membawa rahmat kepada sekalian alam